blog

6. Jul, 2015

APA ITU HOSPIS PAHANG?

Hospis pahang adalah kerja amal, bukan kerajaan, pertubuhan bukan menguntungkan didirikan pada tahun 2003 untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan paliatif profesional kepada komuniti kami dan untuk meningkatkan kesedaran penjagaan paliatif di pahang.
Hospis Pahang bukan politik, bukan agama, bergantung penuh kepada sumbangan daripada penderma yang murah hati dan warga korporat untuk menjalankan aktivitinya .Hospis Pahang tidak mengenakan bayaran ke atas pesakit untuk perkhidmatannya

HOSPICE PAHANG menyediakan perkhidmatan perawatan dan peralatan secara percuma kepada semua pesakit CANCER.perkhidmatan lawatan ke rumah berjarak 30km dariapada hospice.waktu lawatan dari 9am-5pm.Jika lebih pada 30km dan melebihi masa lawatan tersebut bayaran akan dikenakan mengikut rawatan yang diberikan.Dari segi perkhidmatan peralatan kami menyediakan pelbagai peralatan seperti di Hospital iaitu katil,tilam,riple matres,oksigen,kerusi roda dan yang lain-lain.Sebarang pinjaman peralatan akan dikenakan bayaran pendahuluan mengikut peralatan yang di pinjam dan bayaran akan dikenakan sekali sahaja.Peminjam dikehendaki memperbaharui kontrak setiap 3bulan sekali.Tiada tempoh pinjaman peralatan dikenakan kepada barang.Kami juga tidak menyediakan pengangkutan bagi menghantar peralatan yang di pinjam.Hospice Pahang bertapak di A-4614 Lorong Alor Akar 19 25250 Kuantan,Pahang.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi staff kami.
^Berkhidmat Untuk Masyarakat^
^We share We care^